Thursday, February 26, 2015

Ujian

Ya rabb...aku merintih kembali...hilangkan rasa ini...aku kalah pada ujian ini...aku terlalu inginkan anak ini besar didepan mataku

Wednesday, February 18, 2015

Allahu Akbar

Sesungguhnya, dugaan Allah untuk hambaNya. Sering aku merintih kenapa diberikan tangis yang berterusan kepada anak kecil kami. Hati ini meruntun tiap kali melihat si kecil menangis tanpa sebab. Allah itu pemegang segala rahsia, hanya Dia yang mengetahui segalanya. Ya rabb, kau lindungilah keluarga kecil kami dari malapetaka dan musibah. Sesungguhnya kami manusia yang hina dan juga lemah. Hanya padaMu kami memohon agar dipeemudahkan segala urusan dibumi ini. Aku redha ya Allah atas segala ketentuan dariMu.

Monday, February 16, 2015

Dugaan dariNya

Alhamdulillah...selepas 25 hari berpantang. Ibuku pulang ke kampung, aku cube berdikari untu berpantang sendiri. Aku mula cuba menu ayam dalam menu pantang aku. Hari-hari adalah semata sup ayam. Jemu? Untuk orang yang tak begitu gemar makan, itu tak menjadi masalah cuma aku terlalu ingin air sejuk. Tapi aku gagahkan jugak tahan sebab nak langsing mcm dulu. Tak nak ada spare part. Hehehe.

Lepas mak balik, tiba-tiba aku rasa sakit berdenyut-denyut di bawah breast. Aku teka ini mungkin bengkak susu. So aku biarkan je la dulu, sebab sebelum ni aku tak pernah rasa sakit bengkak susu. Ketika dalam wad kuning, menjaga adam aku tuam sahaja tempat bengkak kemudian pam keluar air susu. Alhamdulillah tak menjadi masalah. Berlainan pula kali ini, bila tuam aku masih rasa bengkak itu tetap tidak surut. Dalam hati, aku membayangkan perkara paling buruk akan berlaku, ya adakah ini dikatakan kanser? Nauzubillah.

Genap umur adam sebulan, aku ke klinik desa untuk rawatan cucuk sebulan adam. Aku khabarkan keadaan breast kepada nurse yang menjaga perihal diri aku. Kemudian staff nurse mengatakan kemungkinan breast cancer, Allahu Akbar. Kerisauan agak lambat muncul difikiran aku ketika itu. Sekiranya benar, aku ucapkan aku redha walhal ketika malam tiba hati aku jadi begitu sayu dan aku begitu risau. Ketika dirujuk ke klinik dan bertemu doktor, dia hanya memberikan aku pil antibiotik sahaja. Jadi kerisauan aku berkurang cuma kemungkinan besar masih menghantui fikiran aku. Sakit dipayudara tetap tidak hilang. Sehingga hari khamis, sakit sudah tak tertahan. Aku sekali lagi berjumpa dengan doktor, aku sangka aku akan dirujuk ke hospital tetapi aku silap. Doktor memberikan aku antibiotik yang lain pula. Oleh itu, aku nekad untuk pulang ke kampung, berubat cara tradisional. Biar apa pun jadi aku tidak mahu ke hospital. Takut dioperate dan kena cuci bahagian luka. Sakit.

Keesokan harinya, nanah itu mula keluar dan pecah. Alhamdulillah, sakit pun kian hilang. Aku kini daaln proses menyembuhkan bahagian luka sahaja. Setiap hari aku perlu membersihkan luka tersebut. Harapnya luka tersebut akan sembuh sebelum aku mula bekerja. Amin.