Thursday, February 26, 2015

Ujian

Ya rabb...aku merintih kembali...hilangkan rasa ini...aku kalah pada ujian ini...aku terlalu inginkan anak ini besar didepan mataku

Wednesday, February 18, 2015

Allahu Akbar

Sesungguhnya, dugaan Allah untuk hambaNya. Sering aku merintih kenapa diberikan tangis yang berterusan kepada anak kecil kami. Hati ini meruntun tiap kali melihat si kecil menangis tanpa sebab. Allah itu pemegang segala rahsia, hanya Dia yang mengetahui segalanya. Ya rabb, kau lindungilah keluarga kecil kami dari malapetaka dan musibah. Sesungguhnya kami manusia yang hina dan juga lemah. Hanya padaMu kami memohon agar dipeemudahkan segala urusan dibumi ini. Aku redha ya Allah atas segala ketentuan dariMu.

Monday, February 16, 2015

Dugaan dariNya

Alhamdulillah...selepas 25 hari berpantang. Ibuku pulang ke kampung, aku cube berdikari untu berpantang sendiri. Aku mula cuba menu ayam dalam menu pantang aku. Hari-hari adalah semata sup ayam. Jemu? Untuk orang yang tak begitu gemar makan, itu tak menjadi masalah cuma aku terlalu ingin air sejuk. Tapi aku gagahkan jugak tahan sebab nak langsing mcm dulu. Tak nak ada spare part. Hehehe.

Lepas mak balik, tiba-tiba aku rasa sakit berdenyut-denyut di bawah breast. Aku teka ini mungkin bengkak susu. So aku biarkan je la dulu, sebab sebelum ni aku tak pernah rasa sakit bengkak susu. Ketika dalam wad kuning, menjaga adam aku tuam sahaja tempat bengkak kemudian pam keluar air susu. Alhamdulillah tak menjadi masalah. Berlainan pula kali ini, bila tuam aku masih rasa bengkak itu tetap tidak surut. Dalam hati, aku membayangkan perkara paling buruk akan berlaku, ya adakah ini dikatakan kanser? Nauzubillah.

Genap umur adam sebulan, aku ke klinik desa untuk rawatan cucuk sebulan adam. Aku khabarkan keadaan breast kepada nurse yang menjaga perihal diri aku. Kemudian staff nurse mengatakan kemungkinan breast cancer, Allahu Akbar. Kerisauan agak lambat muncul difikiran aku ketika itu. Sekiranya benar, aku ucapkan aku redha walhal ketika malam tiba hati aku jadi begitu sayu dan aku begitu risau. Ketika dirujuk ke klinik dan bertemu doktor, dia hanya memberikan aku pil antibiotik sahaja. Jadi kerisauan aku berkurang cuma kemungkinan besar masih menghantui fikiran aku. Sakit dipayudara tetap tidak hilang. Sehingga hari khamis, sakit sudah tak tertahan. Aku sekali lagi berjumpa dengan doktor, aku sangka aku akan dirujuk ke hospital tetapi aku silap. Doktor memberikan aku antibiotik yang lain pula. Oleh itu, aku nekad untuk pulang ke kampung, berubat cara tradisional. Biar apa pun jadi aku tidak mahu ke hospital. Takut dioperate dan kena cuci bahagian luka. Sakit.

Keesokan harinya, nanah itu mula keluar dan pecah. Alhamdulillah, sakit pun kian hilang. Aku kini daaln proses menyembuhkan bahagian luka sahaja. Setiap hari aku perlu membersihkan luka tersebut. Harapnya luka tersebut akan sembuh sebelum aku mula bekerja. Amin.

Thursday, January 29, 2015

KeajaibanNya

Inilah hadiah dari Pencipta kepada hambaNya. Satu amanah untuk dipinjamkan sementara. Moga Dipermudahkan segala urusan anak ini Ya Rabb.

Wednesday, January 28, 2015

Persediaan Breastfeeding

Impian kali kedua, terlalu inginkan memberi susu badan kepada anak yang kedua. Pelbagai usaha telah aku cuba untuk berjaya (mungkin bukan semua usaha,mungkin ada lagi yang perlu aku lakukan) namun akhirnya hanya selama 7 hari sahaja aku berjaya untuk buatkan Adam hisap susu badan. Itupun termasuk dengan susu yang diperah bukan semata menyusu dari badan. Sungguh,pilu hati ketikamelihat rakan lain mampu memberi susu badan kepada anak-anak mereka. Sungguh cemburu. Tapi itu mungkin rezeki yang Allah kurniakan kepada aku. Itu sahaja yang mampu aku lakukan.

Walaupun begitu, aku tetap berazam utuk kelahiran seterusnya. Itupun sekiranya diizinkan Allah.

Sunday, January 4, 2015

My Hospital Checklist

Ini antara keperluan yang aku bawa untuk ke hospital. Mungkin boleh digunakan sebagai rujukan. Disebabkan aku plan untuk bersalin di government jadi keperluan itu lebih banyak kepada apa yang tidak disediakan oleh Hopsital Kerajaan dan juga yang disediakan contohnya macam pakaian dihospital sebab diorang sediakan. Jadi pakaian hanya ketika pergi dan juga balik dari hospital.



1.    Kad Pengenalan
2.    Guarantee Letter / Insurance Card
3.    Buku Merah
4.    Duit
5.    Maternity Pad
6.    Maternity Loop
7.    Sock
8.    Slipper
9.    Towel
10. Kain Batik
11. T-shirt
12. Tudung
13. Sweater
14. Panties
15. Nursing Bra
16. Small Towel
17. Hair band
18. Sikat
19. Gel Mandian
20. Syampu
21. Berus Gigi
22. Ubat Gigi
23. Minyak Essential
24. Losyen
25. Flask
26. Milo 3 in 1
27. Tiger Biscuits
28. Receiving Blanket
29. Tuala
30. Pants & Shirts
31. Booties
32. Mittens
33. Diapers
34. Hat
35. Swaddle
36. Barut
37. Head to toe wash
38. Essential Oil
39. Kapas Pusat
40. Air zam zam
41. Minyak Perut
42. Kurma & Buah Tin
43. Minyak Telon Baby
44. Losyen Sejuta Khasiat
45. Buku Bacaan
46. Buku Tulis
47. Pen
48. Pensel
49. Kamera
50. Charger Handphone
51. Power Bank
52. Handphone


Monday, December 29, 2014

Breast Pump pilihan???

weeee

so another post, kali ini mengenai survey breast pump paling sesuai dengan jiwa (mungkin lebih sesuai dengan breast kot) =). Saya adalah manusia yang terlalu memikirkan implikasi kos yang perlu saya keluarkan demi untuk membeli sebarang benda (yep, I am a cheapskate shopaholic dear). Kalau barang bayi yang boleh aku jahit, I will put my effort to sew eventhough it may seem a bit imperfct to some. Aku peduli hape kan? janji boleh guna. So my mission fr breastfeeding ni agak baru sebab anak sulung tidak dikurniakan kelebihan untuk mendapat susu ibu atas sebab stress melampau (aku rasa la) susu tak keluar pon selepas hari ke 4 berpantang. Tak mengapa la, itu rezeki dan bahagian aku. Cuma mungkin kali ini aku rasa nak kurangkan stress and lebih sabar sikit (konon). Jadi aku buat penyelidikan sebelum aku bersalin (maksudnya aku tak pernah guna lagi sebarang alatan ini cuma hanya survey). Bagus tak? Kalau pun aku tak boleh nak produce susu at least ada sedikit info yang boleh aku kongsikan =). Untuk sesiapa yang mencarilah, macam aku ni =).

Dibawah ni aku sertakan pdf tentang perbandingan berkaitan breast pump yang aku berkenan seperti berikut;


  1. Eve love sassy
  2. Lacte Solo
  3. Malish E-Pump
  4. Malish Mango
Kesemunya adalah single pump sahaja. Kenapa tiada review berkenan autumnz?spectra?avent?trueeluv?snow bear?medela? Pada hemat aku, kesemua jenama berikut agak pricey untuk single electric breast pump. Aku punya bajet hanya bawah RM200 (cheapskate kan??). So hanya 4 breast pump ini sahaja yang menjadi keutamaan, pada yang berpeluang membeli selain daripada ini, silakan =).

ITEMS
EVE LOVE SASSY
LACTE SOLO
MALISH
E-PUMP
MALISH MANGO
Breastpump Parts
8
6
4
5
Silicone Breast Shield
/
/
-
/
Bottle converter
/
/
/
/
Battery
/
/
rechargeable battery
/
Electric Adapter
/
/
/
/
Power Bank Adapter
/
/
/
/
Anti Backflow
/
/
/
/
Silence
/
/
Not really
/
Simulation
9
1-2
4
9
Expression
9
3-5
5
9
Suctions
9
5
9
9
Weight
300g
300g
400g
360g
LCD screen
/
-
/
/
BPA free
/
/
/
/
Price
Rm 199
Rm199
Rm199
Rm199

So rasanya aku lebih prefer kepada 3 sahaja iaitu Eve Love, Lacte Solo & Malish Mango. Malish e-pump tu design die agak weird skit and from what I have seen, agak bising berbanding breast pump yang 3 ni. InsyaAllah sekiranya tiada halangan aku akan beli secara online sahaja. Hopefully rezeki susu dipermudahkan untuk kelahiran kali ini, Amin Ya Rabb.