Impian kali kedua, terlalu inginkan memberi susu badan kepada anak yang kedua. Pelbagai usaha telah aku cuba untuk berjaya (mungkin bukan semua usaha,mungkin ada lagi yang perlu aku lakukan) namun akhirnya hanya selama 7 hari sahaja aku berjaya untuk buatkan Adam hisap susu badan. Itupun termasuk dengan susu yang diperah bukan semata menyusu dari badan. Sungguh,pilu hati ketikamelihat rakan lain mampu memberi susu badan kepada anak-anak mereka. Sungguh cemburu. Tapi itu mungkin rezeki yang Allah kurniakan kepada aku. Itu sahaja yang mampu aku lakukan.
Walaupun begitu, aku tetap berazam utuk kelahiran seterusnya. Itupun sekiranya diizinkan Allah.
No comments:
Post a Comment